Wednesday 5 December 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025


pppm

Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan sehingga tahun 2025. Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) yang bakal diumumkan kira-kira jam 10 pagi nanti oleh Perdana Menteri Malaysia.

Aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP )

Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :

Memartabatkan profesion perguruan.
  • Meningkatkan kualiti guru
  • Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
  • Kualiti dalam latihan perkhidmatan
  • Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang pelajar.

Meningkatkan kepimpinan sekolah.
  • Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
  • Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.

 Meningkatkan kualiti sekolah.
  • Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
  • Kemudahan Internet dan jalur lebar

Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
  • Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
  • Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.

Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
  • Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga

Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
  • Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah

Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
  • Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
  • Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.

Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sumber.
  • Mengurus sumber  dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara

Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
  • Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
  • Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.


3 gelombang pelaksanaan PPPM

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun 

di mana :-
  • Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
  •  Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem.
  •  Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

0 comments:

Post a Comment