Monday 31 December 2012

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2013

0 comments
TARIKH  :  1 JANUARI 2013
HARI  :  SELASA
MASA  :  9.30 PAGI
TEMPAT  :  DEWAN TERBUKA

Ucapan Tn. Pengetua ( Tn. Hj. Daud Abdull )

En. Baharim memepengerusikan majlis

Ucapan En. Kamaruddin Osman

Sebahagian yang hadir

Tekun mendengar ucapan..

Ibu bapa mula mendaftar
ibu bapa mendengar taklimat

2 orang GKMP yg gigih...  :-)


Penyelaras Ting, 1 menjalankan tugas..

Tuesday 25 December 2012

In House Trainning PBS Tingkatan 2

0 comments
TARIKH  :  19 / 20 DISEMBER 2012
TEMPAT  :  SSN SMK SERI KOTA , MELAKA

KHB


BM

MATEMATIK


MATEMATIK

MATEMATIK

TENGAH MAKAN !!

PENDIDIKAN ISLAM

SAINS

SAINS

SAINS

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL


SEJARAH
PENDIDIKAN ISLAM

KHB

KHB


Tuesday 18 December 2012

Keputusan Mata Pelajaran di bawah bidang Kemanusian PMR 2012

0 comments
Terkini  !!!!!

Sejarah  :  98.2 %
Pendidikan Islam  :  94.03 %
Geografi  :  89.5 %

Peratus kelulusan termasuk 6 orang pelajar Pendidikan Khas

Tahniah.....

Monday 17 December 2012

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012

0 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Keputusan PMR 2012 akan diumumkan esok - 19 Disember 2012 -

pmr2012

Takwim Persekolahan 2013 - Kumpulan B

0 comments
Cuti sekolah di negeri Perlis Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Labuan&Putrajaya

Untuk perincian penuh rujuk gambar di bawah

Takwim Cuti Sekolah 2013 2 kalendar takwim cuti sekolah 2013 dan persekolahan

Wednesday 5 December 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

0 comments

pppm

Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan sehingga tahun 2025. Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) yang bakal diumumkan kira-kira jam 10 pagi nanti oleh Perdana Menteri Malaysia.

Aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP )

Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :

Memartabatkan profesion perguruan.
  • Meningkatkan kualiti guru
  • Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
  • Kualiti dalam latihan perkhidmatan
  • Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang pelajar.

Meningkatkan kepimpinan sekolah.
  • Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
  • Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.

 Meningkatkan kualiti sekolah.
  • Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
  • Kemudahan Internet dan jalur lebar

Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
  • Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
  • Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.

Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
  • Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga

Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
  • Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah

Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
  • Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
  • Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.

Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sumber.
  • Mengurus sumber  dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara

Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
  • Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
  • Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.


3 gelombang pelaksanaan PPPM

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun 

di mana :-
  • Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
  •  Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem.
  •  Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Tuesday 4 December 2012

Mesyuarat Pentadbiran Kali Pertama tahun 2013

0 comments
Tarikh    :  5 Disember 2012
Hari        :  Rabu
Masa      :  9.00 Pagi
Tempat  :  Bilik Mesyuarat

Borang Pemantauan PBS Fail Showcase

0 comments
Borang Pemantauan PBS Fail Showcase

Monday 3 December 2012

Borang Pemantauan Dalaman PBS

0 comments
Borang Pemantauan Dalaman PBS

Contoh Minit Curai

0 comments
Contoh Minit Curai

Borang Pencerapan P&P ( standard 4 ) tahun 2013

0 comments
Borang Pencerapan P&P ( standard 4 ) tahun 2013

Laporan Pemantauan Fail Panitia 2012

0 comments
Laporan Pemantauan Fail Panitia 2012

Borang Pemantauan PBS ( Fail Portfolio Guru )

0 comments
Borang Pemantauan PBS ( Fail Portfolio Guru )

Borang Pemantauan PBS ( Fail Ketua Panitia)

0 comments
Borang Pemantauan PBS ( Fail Ketua Panitia)

Borang Pemantauan PBS ( Fail SUP)

0 comments
Borang Pemantauan PBS ( Fail SUP)

Borang Pemantauan PBS ( Fail Showcase )

0 comments
Borang Pemantauan PBS ( Fail Showcase )

Borang pemantauan PBS ( fail perkembangan murid)

0 comments
Borang pemantauan PBS ( fail perkembangan murid)

Friday 23 November 2012

Puasa Sunat Hari Asyura ..

0 comments

Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Lagi bagus kalau boleh puasa sunat 9 dan 10 Muharam.

So .. jom puasa sunat .. ikut kemampuan masing - masing .. Hari Asyura jatuh pada hari Sabtu 
( 24 November 2012 ) ...

Tuesday 13 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

0 comments
 
Salam ma'al hijrah semua...semoga tahun baru ni kita lebih diberkati Allah ..insya Allah Amin ..

Friday 9 November 2012

Cuti persekolahan 2012 bermula ...

0 comments


Warga SSN SMK Seri Kota mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar .. Insya Allah dengan izinNya kita berjumpa lagi di musim persekolahan tahun hadapan pada 2 Januari 2013

Sunday 4 November 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

0 comments
pppm


Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hasil penyelidikan yang mendalam dan penglibatan meluas masyarakat yang dijalankan oleh Kementerian. Pelan Pembangunan Pendidikan dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:


1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang dan

3. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan
awam.

Tuesday 16 October 2012

SEMINAR SEJARAH TINGKATAN 5

0 comments

TARIKH  :  17 OKTOBER 2012
HARI  :  RABU
MASA  : 8.00 - 10.30 PAGI
TEMPAT  : DEWAN TERBUKA
PENCERAMAH  :  e TUTORIAL SHAH ALAM








MESYUARAT PANITIA KALI KE 4 TAHUN 2012

0 comments

PANITIA SEJARAH

TARIKH  :  17 OKTOBER 2012
HARI  :  RABU
MASA  : 2.40 PETANG
TEMPAT  : BILIK MESYUARAT

MESYUARAT PANITIA KALI KE 4 TAHUN 2012

0 comments
PANITIA GEOGRAFI

TARIKH  :  16 OKTOBER 2012
HARI  :  SELASA
MASA  : 2.40 PETANG
TEMPAT  : BILIK ERT

MESYUARAT PANITIA KALI KE 4 TAHUN 2012

0 comments
PANITIA PENDIDIKAN SENI

TARIKH  :  15 OKTOBER 2012
HARI  :  ISNIN
MASA  : 2.00 PETANG
TEMPAT  : BILIK ERT

Wednesday 19 September 2012

KURSUS PECUTAN AKHIR PMR 2012

0 comments
TARIKH  :  14 - 16 SEPTEMBER 2012
HARI  :  JUMAAT - AHAD
TEMPAT  :  SAMUDERA BIDARA RESORT , TANJUNG BIDARA , MELAKA.

" Bersama - sama ke arah peningkatan akademik "






Monday 20 August 2012

0 comments


Assalamualaikum wrt wbt ... lama tak update .. :) .. Salam  'idul Fitri..maaf zahir batin .. Selamat puasa sunat di bulan Syawal .. :)

Thursday 5 July 2012

Program Pendidikan Moral 2012(4 Julai) - Rabu

0 comments
Ceramah kemahiran belajar kepada pelajar-pelajar 4DEFG dan 5DEFG

Penceramah berbahasa Mandarin bersemangat memberikan talk di bilik tayang.

Program taklimat drp wakil kolej Stamford kepada pelajar-pelajar 4ABC/5ABC/Ting. 1/2/6

Pelajar - pelajar mendengar taklimat dengan tertib...

Terima kasih atas kerjasama drp guru-guru yang bersama pelajar-pelajar :)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih kepada panitia Pendidikan Islam , Panitia Pendidikan Moral , Kauselor dan guru SSN SMK Seri Kota atas kerjasama yang diberi bagi menjayakan program - program panitia sempena Ceramah Israk Mikraj pada Rabu ( 4 Julai 2012 ) jam 2.00 hingga 3.30 petang. Semoga dapat memberi manfaat kepada pelajar - pelajar Seri Kota.  :)

Friday 15 June 2012

0 comments
Assalamualikum dan selamat sejahtera...

Makluman 

Pn. Suhailah bt Othman ( KP Pend. Moral ) telah berpindah ke SMK Sg. Rambai ... syukran jazilan diucapkan atas kerjasama yang telah diberikan . Semoga lebih cemerlang di sekolah yang baru... Insya Allah.

Terima kasih diucapkan kepada guru - guru yang telah membantu memeriksa dan memasukkan markah ( SAPS ) bagi guru - guru yang telah berpindah dan cuti bersalin untuk peperiksaan pertengahan tahun 2012 . JASAMU DIKENANG . :)

Sunday 3 June 2012

0 comments
Assalamualaikum.....

Selamat sejahtera guru - guru di bawah bidang kemanusiaan ..... 
  • " Selamat bercuti " ... 
  • " Selamat menanda " .....
Makluman : Masih terdapat kertas Pep. yang masih belum diambil di bilik GKMP (kertas PJK) ..... harap maklum...Syukran Jazilan...

Thursday 8 March 2012

Tanda-Tanda Saat Kematian...

0 comments


100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.