Wednesday, 27 March 2013

Pengumuman PBS

0 comments


Dimaklumkan bahawa SPPBS dibuka kepada SU Peperiksaan mulai 1 Mac 2013.
Sehubungan itu, SU Peperiksaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut dalam tempoh 1 Mac 2013 sehingga 15 Mac 2013:
a. Mendaftar dan menjana kata laluan Pengetua/Penolong Kanan ke SPPBS (kali pertama).
b. Mendaftar kelas dan menjana kata laluan Guru Kelas 2013 ke dalam SPPBS.
c. Mendaftar/Mengemaskini mata pelajaran dan menjana kata laluan Guru Mata Pelajaran 2013 ke dalam SPPBS.
* Menu Pengetua/Penolong Kanan dan Guru boleh diakses mulai 15 Mac 2013 setelah segala urusan Daftar Guru oleh SUP selesai.
-Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat-

Saturday, 16 March 2013

1 Million Women Purple Walk

0 comments
1 Million Women Purple Walk

1 Million Women Purple Walk adalah merupakan acara jalan kaki yang akan di adakan serentak di seluruh negara. Program ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013.  Acara jalan kaki ini bakal menghimpunkan sejuta wanita dan di jalankan secara serentak di seluruh negara. Ianya akan di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 17 Mac 2013 di Dataran Putrajaya. 

Penganjur : Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat

Tempat : Dataran Putrajaya


Wednesday, 13 March 2013

Jom Tutup Aurat

0 comments
Pictures of Comment On This Picture Da Wah Itu Cinta Kempen Tutup

Saturday, 9 March 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan 2/2013

0 comments

Tajuk: Pembinaan Item Soalan & Program Guru Penyayang
Tarikh: 9 Mac 2013 (Sabtu)
Tempat: Bilik Tayang
Anjuran: Unit Kurikulum, Unit HEM, & Unit Bimbingan & Kaunseling.




Tuesday, 5 March 2013

Jom tutup aurat ;;

0 comments

Thursday, 21 February 2013

0 comments

Thursday, 14 February 2013

Kelebihan mengamalkan zikir Al-Ma'thurat

0 comments



Assalamualaikum.

Setiap sesuatu yang diturunkan dan diperintahkan kepada kita dari Allah s.w.t pasti ada kelebihannya tersendiri, ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari. 

Diantara kelebihan mengamalkan zikir Al-Ma'thurat ini ialah : 

1. Tidak dihampiri syaitan
 2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
 3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
 4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
 5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
 9. Terhindar daripada syirik.
 10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
 11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
 14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Seperti mana firman Allah s.w.t  dalam Al-Quranul Karim:

يَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

MaksudnyaSesungguhnya orang yang benar-benar percaya pada ayat-ayat kami adalah apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah berlaku sombong (Surah As-Sajdah ayat 15).