Friday 18 October 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013

0 comments
Tarikh: 17 Oktober 2013 (Khamis) 12 Zulhijjah 1434H
Masa: 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka, SSN SMKSK
Dirasmikan oleh: En Othman Bin Sagap (Pegawai PPD Melaka Tengah)




Monday 14 October 2013

Salam Aidil Adha 1434H

0 comments

Sunday 13 October 2013

Awas ancaman aqidah !!

0 comments
Sumber rujukanAhli Sunnah Wal Jama'ah berteraskan al-Quran dan al-Hadith sebagai garis panduan
Sumber rujukan utama Ahli Sunnah Wal Jama’ahberteraskan al-Quran dan al-Hadith sebagai garis panduan
Dewasa kini seringkali kita mendengar banyak golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah (ASWJ). Akan tetapi adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa bukti yang kukuh harus bagi kita pula menamakan mereka sebagai ASWJ? Adakah dalam perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid yang menjadi ikutan umat Islam seperti di Nusantara mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikutImam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikutImam Maliki dan mereka yang berada di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali.
Susulan daripada kejayaan ulama al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah menyusun secara sistematik dan menjelaskan kepentingan akidah kepada umat Islam maka ASWJ adalah fahaman aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam dan telah diijma`kan oleh para pemuka Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi serta pendokong utama Mazhab Hambali. Senario ini telah menyebabkan berlakunya ancaman dan penentangan terhadap ASWJ dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya.
Taburan kawasan yang mewakili empat mazhab terpenting di dalam Ahli Sunnah Wal Jama'ah
Taburan kawasan yang mewakili pengikut kepada empat mazhab terpenting di dalam Ahli Sunnah Wal Jama’ah
Analoginya, golongan yang meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristianmahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syi‘ah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah (Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah S.W.T. terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syari‘at) bagi mendapat ganjaran syahid dalam peperangan. Ini berdasarkan dari hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bayhaqiyy yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah dan syari‘atku) ketika rosaknya umatku, maka baginya pahala syahid.”
Definisi Ahli Sunnah Wal Jama’ah
Istilah atau kalimah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) sememangnya sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Islam Nusantara.  Namun, apabila membincangkan perihal ASWJ terlalu sedikit yang mengetahui pengertian kalimah ini.  Oleh itu, perlulah terlebih dahulu difahami pengertiannya (istilah atau definisinya) sama  ada di segi bahasa atau syara.  Istilah “Ahli Sunnah Wal Jama’ah”  merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata Bahasa Arab. Ketiga-tiga suku kata ini mempunyai maksud yang tersendiri. Ia akan melahirkan satu rangkaian makna yang tertentu ataupun khusus apabila ia dilihat dari sudut permaknaan istilah.
  • Perkataan Ahl
Jika dilihat dari sudut literal, ianya bererti ahli keluarga, pengikut atau golongan. Manakala dari sudut terminologi, ia bermaksud mereka yang mengikut atau berpegang dengan sesuatu (kalimah) yang disandarkan kepada perkataan Ahl tersebut seperti ahl al-Madhhab di mana ia merujuk kepada mereka yang berpegang dengan mazhab tersebut.
  • Perkataan al-Sunnah
Di dalam al-Quran, perkataan al-Sunnah dan jamaknya Sunan digunakan sebanyak 16 kali. Perkataan al-Sunnah pula jika dilihat dari sudut literal ia bermaksud al-Sirah. Manakala dari sudut terminologial-Sunnah memberi pengertian sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W., sama ada yang terdiri daripada kata-katanya, perbuatan, pengakuan, sifatnya‟ dan sejarah hidupnya, sama ada sebelum kenabian mahupun selepas kenabianIa juga bermaksud jalan yang ditempuh oleh Nabi S.A.W. dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu. Di sisi para fuqaha‟, perkataan al-Sunnah bermaksud perkara yang pasti datangnya daripada Nabi S.A.W. yang terdiri daripada perbuatannya dan percakapannya.
  • Perkataan al-Jama’ah
Menurut Ilmu al-Istiqaq dalam bidang bahasa, perkataan al-Jama’ah ini berasal daripada perkataan al-Ijtima’ yang bermaksud perhimpunan atau perkumpulan. Antonim bagi kataal-Jama’ah adalah al-Firaq yang bermaksud perpecahan. Jika diteliti dari sudut etimologi, ia merujuk kepada satu himpunan ataupun kumpulan manusia dan kumpulan tersebut mengandungi jumlah yang besar. Manakala dari sudut terminologi, ungkapan al-Jama’ahdi sisi Ulama Usuluddin adalah merujuk kepada mereka yang mengikuti majoriti umat Islam di mana ia terdiri daripada mereka yang mengikuti jalan yang telah dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda.
  • Perkataan Ahli Sunnah Wal Jama’ah
Ketiga-tiga suku kata tersebut telah digabungkan menjadi satu istilah oleh dua orang ulama yang mahir dan pakar dalam bidang Usuluddin iaitu al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (260 – 330H) dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi (238 – 333H). Ia dinamakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang dirujuk kepada mereka yang telah berada di atas manhaj (jalan/ method) yang diperkenalkan oleh golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah dari sudut aqidah. Hal ini adalah suatu yang masyhur dalam kalangan majoriti para ulama ketika mengidentifikasikan golongan yang dinamakan sebagai Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ). Oleh kerana jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam pada zaman mereka dan pada zaman selepasnya, maka penyebutan Ahli Sunnah Wal Jama’ah sering dikaitkan dengan kedua-dua ulama ini.
Aliran-Aliran Fahaman Yang Bercanggah
Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Penyerapan aliran-aliran fahaman asing ke dalam masyarakat Islam di Nusantara ini sudah lama melanda dan penularannya berlaku secara halus sehingga tidak disedari oleh umat Islam. Sama ada sedar atau tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada pemikiran asing dan kalau tidak dibenteras melalui pelbagai kaedah ianya boleh menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Di antara fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti berikut :
Fahaman Syi'ah didapati bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah dari aspek aqidah dan tauhid
Fahaman Syi’ah didapati bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari aspek aqidah dan tauhid
Aliran Syi’ah – Antara ajaran-ajarannya :
  1. Fahaman mereka yang menganggap imam-imam Syi’ah yang maksum tidak berdosalangsung.
  2. Mengeluarkan fatwa bahawa para sahabat Nabi S.A.W. menjadi murtad habisselepas wafat baginda, melainkan yang tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis kafir murtad.
  3. Mereka ada al-Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan taqiyyah atau kepura-puraan (dissimulation), mereka mengamalkan kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang pun boleh berkahwin mut’ah seperti kata Iman Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah jilid 2.
  4. Mereka percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia akan hidup semula dan imam Mahdi Syi’ah bernama Muhammad bin Hasan al-Askari akan menghukum mereka yang tidak mengambil Ali sebagai imam. Bila semua telah dihukum baharulah semuanya mati semula dan lepas itu baru berdiri kiamat.
Sebaik-baik menuntut ilmu biarlah dengan berguru kepada alim ulama. Bukan berguru dengan buku tanpa kehadiran mereka
Sebaik-baik menuntut ilmu biarlah dengan berguru kepada alim ulama. Bukan berguru dengan buku tanpa kehadiran mereka
Aliran tidak pakai mazhab – Antara ajaran-ajarannya :
  1. Mengajar pengikutnya berdasarkan kepada mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut al-Quran dan al-Hadith, lagi pula sekarang sudah senang kerana al-Quran dan al-Hadith ada terjemahan; kita boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa.
  2. Kita hanya wajib ikut Rasulullah S.A.W.; dia maksum orang lain tidak maksum.
  3. Kalau kita mazhab mengikut boleh membawa kepada syirik dan kufur  sebab ibaratnya seperti ‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa’r-rahban) yakni seperti menyembah orang alim atau orang soleh.
Aliran fahaman Wahhabi merobohkan segala bentuk binaan yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat di sekitar Kota Mekah
Aliran fahaman Wahhabiah merobohkan segala bentuk binaan yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat di sekitar Kota Mekah
Aliran Wahhabiah – Antara ajaran-ajarannya :
  1. Mengajar pengikutnya agar jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir al-Bani, Abu Aminah Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang sealirandengan mereka.
  2. Bacaan Doa Qunut adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Surah Ya’sin malam Jumaat, membuat tahlil arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin bila orang mati, membuat tahlil arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas sembahyang, kemudian mengaminkan doa imam beramai-ramai, mengaji tasawwuf adalah bidaah dan sesat, demikian seterusnya. Dan bila orang membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka.
  3. Dulu dipanggil kaum muda sekarang dipanggil Salafi.
  4. Kebiasaannya, di mana tempat ada fahaman ini, di situlah kerap berlakunya perkelahian bahkan tumbuk menumbuk. Jika hilang pertimbangania boleh menyebabkan berlakunya bunuh membunuh.
Umat Islam di Indonesia telah menjalankan protes umum ke atas Jaringan Islam Liberal (JIL) yang mengucar-kacirkan keharmonian masyarakat
Umat Islam di Indonesia telah menjalankan protes umum ke atasJaringan Islam Liberal (JIL) yang mengucar-kacirkan keharmonian masyarakat
Aliran Islam Liberal – Antara ajaran-ajarannya :
  1. Fahaman ini mengajarkan pengikutnya bahawa tidak ada hukum Allah S.W.T, tetapi yang ada ialah budaya semata-mata.
  2. Kita tidak wajib mengikut Fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu (ketinggalan zaman).
  3. Semua agama membawa kebenarantiada yang melebihi di antaranya.
  4. Wahyu tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabar pun mendapat wahyu, wahyu dalam erti kata fikiranHanya yang tidak ada hanyalah wahyu verbal, yang ada pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’.
  5. Orang Islam boleh berkahwin dengan orang yang beragama lain; itu disebutperkahwinan lintas agama (Inter-faith marriage).
  6. Salah satu daripada pendokong aliran ini ialah Jaringan Liberal Islam (JIL). Jika dilihat di dalam isi kandungan laman web JIL akan didapati banyak maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran.
Sekularisme perlu ditentang dari terus bertapak diterapkan di dalam pentadbiran  dan cara hidup masyarakat merebak masyarakat
Konsep pemisahan agama dalam kehidupan seharian yang diterapkan oleh aliran Sekularisme perlu ditentang. Ia adalah bersalahan dengan tuntutan Islam yang menyarankan umatnya menjadikan Islam sebagai cara hidup
Aliran Sekularisme – Antara ajaran-ajarannya :
Aliran ini mengutarakan kaedah cara berfikir dan bertindak dalam mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agamaia tidak ada hubungan dengan Allah S.W.T. atau tidak ada hubungkait dengan akhirat di semua ruang awam tanpa terkecuali(Lihat takrif sekularisme oleh George Holyoake).
Fahaman ini lebih kepada keupayaan
Konsep semua agama adalah sama merupakan satu doktrin songsang yang cuba disemai oleh aktivis pluralisme agama terhadap umat Islam agar terpesong aqidah
Aliran Pluralisme Agama – Antara ajaran-ajarannya :
  1. Aliran ini mengatakan bahawa semua agama adalah sama, sama benar, semuanya membawa kepada syurga.
  2. Orang Islam tidak boleh mengakuinya kerana hanya agama Islam sahaja wajibdiyakini mempunyai kebenaran berbanding agama lain.
  3. Kalau demikian apa gunanya Nabi Muhammad S.A.W datang dan membuat pembetulan atas agama Kristian dan Yahudi di zamannya?
  4. Apa ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan ajaran-ajaran yang tidak benar?
  5. Apa ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad semasa berlakunya Perang Salib kalau semuanya benar membawa ke syurga?
Kesimpulan
Kita mesti kekal dalam agama Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebab ia sahaja yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat; itulah yang menjadi tonggak ulil-amri negara ini bermula daripada Agung sampai kepada rakyat jelata. Sedarlah wahai umat Islam bahawa ancaman fahaman-fahaman asing ternyata boleh merosakkan aqidah dengan dampak yang lebih besar. Ini kerana fahaman asing seperti syi’ah, wahhabiah, sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sealirannya merupakan senjata ampuh yang digunapakai oleh puak kuffar Barat dalam menggelincirkan aqidah umat Islam tanpa disedari oleh umat Islam itu sendiri. Oleh itu, bersihkan dan sucikanlah diri kita, masyarakat di sekeliling kita dan para pemerintah kita dari segala bahaya penyesatan aqidah dari terjerumus kepada fahaman-fahaman asing yang jauh lebih berbahaya dari kristianisasi.