Friday 23 November 2012

Puasa Sunat Hari Asyura ..

0 comments

Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Lagi bagus kalau boleh puasa sunat 9 dan 10 Muharam.

So .. jom puasa sunat .. ikut kemampuan masing - masing .. Hari Asyura jatuh pada hari Sabtu 
( 24 November 2012 ) ...

Tuesday 13 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

0 comments
 
Salam ma'al hijrah semua...semoga tahun baru ni kita lebih diberkati Allah ..insya Allah Amin ..

Friday 9 November 2012

Cuti persekolahan 2012 bermula ...

0 comments


Warga SSN SMK Seri Kota mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar .. Insya Allah dengan izinNya kita berjumpa lagi di musim persekolahan tahun hadapan pada 2 Januari 2013

Sunday 4 November 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

0 comments
pppm


Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hasil penyelidikan yang mendalam dan penglibatan meluas masyarakat yang dijalankan oleh Kementerian. Pelan Pembangunan Pendidikan dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:


1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang dan

3. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan
awam.